Register with EXMarkets

Register with EXMarkets
THE EXCELLENT BROKER FOREX
Showing posts with label Nukilan Nor Azlan Mat Isa. Show all posts
Showing posts with label Nukilan Nor Azlan Mat Isa. Show all posts

Friday, January 20, 2012

ANTARA PERSAHABATAN


Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,
Kecuali diri sendiri…..
Tetapi…Dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana….
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapakan keiklasan dan kejujuran
Seorang sahabat,begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.


Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.


Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…..?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa…..tetapi kita sering terlupa.


Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga
Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
Pernah kah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.


Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah….?


Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita…..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat…
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat…..

Sebagai kekuatan
Jadilah kita sahabatnya itu….
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan..
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…..
Kita tidak tahu….
Tetapi….jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita
akan tahu..


RENUNGILAH...


HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA

Monday, May 23, 2011

Kasih Sayang



Dunia merupakan ciptaan yang teragung yang tiada tolok bandingnya dan sungguh cantik pada pandangan mata. Ia dihiasi dengan pelbagai kenikmatan, keindahan dan kebahagiaan; rumah kediaman, taman bunga, makanan yang lazat, anak-anak yang menghiburkan dan lain-lain. Antara seorang dengan seorang yang lain tidak sama kadar dunia yang dimiliki olehnya. Ada yang memiliki rumah besar, pangkat tinggi, memperolehi sanjungan manusia, selalu bertukar ganti pakaian, makan- makanan yang enak. Tapi ada juga yang hanya duduk di pondok buruk, dipandang hina oleh orang dan makan sekadar untuk mengalas perut.

Kasih sayang Allah hanya akan dimiliki oleh hamba-hamba yang berserah pada takdir Allah. Sama ada dia ditakdirkan untuk jadi orang yang senang atau sebaliknya ditakdirkan menjadi seorang yang miskin, dia tetap rela dan tidak merungut apa-apa pun. Dia tahu bahawa sesungguhnya Allah tidak pernah untuk menzalimi hamba-hambaNya. Jika takdir yang ditentukan itu adalah baik, maka peluang untuk menjadi hamba yang bersyukur, yang dapat memanfaatkan kebaikan yang diperolehinya itu bukan untuk dirinya seorang, tapi dapat dirasai sama oleh orang lain.

Jikalau ditakdirkan kaya, dengan kekayaan itu maka dia akan dapat membantu orang susah, anak-anak yatim, janda, fakir miskin serta melakukan lain-lain kebajikan. Sehingga dia menjadi lebih hampir dengan Allah dan mendapat rahmat serta kasih sayangNya.

Sebaliknya orang yang ditakdirkan menerima nasib yang kurang baik, tetapi dia sanggup bersabar walaupun dalam seribu kepahitan, maka Allah akan membalas dengan rahmatNya. Allah akan hiburkan hambanya dengan mengurniakan kekayaan hati. Hati yang kaya adalah hati yang sentiasa berbahagia dengan kebaikan. Hati sentiasa merasa ringan menghadapi kesusahan atau kemiskinan. Nasib malang yang menimpa dirinya sedikitpun tidak menyusahkan hatinya. Sebaliknya segala kejadian dan keadaan yang ada itu makin membuat dia terus bergantung hati bertawakkal dan menyerah diri pada Allah.

Allah itu Maha Bijaksana. Maha Suci Allah yang tidak pernah tersilap dalam menentukan takdir dan perjalanan hidup hambaNya. Allah Maha Adil , Oleh itu apa sahaja nasib yang menimpa dirinya tentulah hasil daripada sifat adilNya.

Seseorang hamba yang tidak redha dengan takdir atau nasib yang menimpa dirinya, seolah-olah dia tidak yakin pada keadilan dan kebijaksanaan Allah. Seolah-olah menganggap Allah tidak tahu kehendak hatiya. Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui kerana ilmuNya meliputi segala sesuatu, maka ALLAH memutuskan takdir yang sebaik-baiknya untuk hamba-Nya. Walaupun pada pandangan hamba tersebut, takdir itu tidak baik, tetapi sekiranya berserah diri pada Allah, nescaya akan mendapat keuntungan daripada takdir itu.

Sebaliknya kalau seseorang yang direzekikan dengan takdir yang baik dalam hidupnya, selalunya membuatkan dia terlalu gembira, bangga dan hingga dia lalai, hingga lupa kepada Yang memberi. Maka takdir yang dianggap baik itu sebenarnya sudah tidak menguntungkan dirinya. Dia sudah berada berada jauh daripada Allah atas sebab kelalaiannya.

Janganlah merasa iri hati atau dengki melihat nasib atau takdir yang baik yang ditentukan Allah terhadap orang lain sehingga kita berusaha untuk mendapatkannya. Sesungguhnya apa yang diberikan oleh Allah kepada seorang hambaNya itu pasti tidak sama dan tidak dimiliki oleh hambaNya yang lain, yang tidak tersenarai sebagai penerima takdir itu meskipun dia berusaha bermati-matian untuk mencapai dan mendapatkannya.

Apa yang patut dilakukan oleh setiap hamba ialah redha menerima segala ketentuan atau takdir Allah sama ada yang dianggap baik atau tidak. Kerana pada hakikatnya setiap yang ditakdirkan dan ditentukan oleh Allah itu adalah baik. Cuma yang membezakan baik atau tidak itu ialah hawa nafsu manusia. Perkara-perkara yang sesuai dengan kehendak nafsu dan hatinya adalah dianggap baik. Sebaliknya yang menyusahkan dan nafsunya merasa tidak seronok, dikatakan tidak baik.

Janganlah kita mengukur ikut hawa nafsu kerana ianya hanya mengajak kita menjadi engkar dan memusuhi Allah. Ikutilah penilaian dan ukuran Allah melalui hidayah yang dikurniakan.

Kalau kita dapat menghadapi setiap takdir dengan banyak berserah, berharap dan takut pada kemurkaanNya tentulah setiap takdir itu akan menguntungkan kita. Untungnya kerana ianya boleh menghampirkan diri di sisi Allah s.w.t. Wallahu'alam.

Sunday, May 22, 2011

Cermin Diri Sendiri!


Daripada Abu Hurairah r. a, bahawasanya Rasullullah SAW telah bersabda, maksudnya:

  • "Jika ada seseorang berkata: "Orang ramai sekarang ini sudah rosak", maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka." H. R. Muslim

Penerangan Hadis: Iman Nawawi ketika menulis hadis ini dalam kitab Riyadhus Shalihin, beliau memberi penjelasan seperti berikut:

  • "Larangan semacam di atas itu (larangan berkata orang ramai sudah rosak) adalah untuk orang yang mengucapkan sedemikian dengan tujuan rasa bangga pada diri sendiri ('ujub) sebab dirinya tidak rosak, dan dengan tujuan merendahkan orang lain dan merasa dirinya lebih mulia daripada mereka. Maka yang demikian ini HARAM".

  • "Adapun orang yang berkata seperti itu kerana ia melihat kurangnya perhatian orang ramai terhadap agama mereka serta didorong oleh perasaan sedih melihat yang di alami oleh mereka dan timbul daripada perasaan cemburu terhadap agama, maka perkataan ini tiada salahnya".

Hadis ini boleh menjadi peringatan kepada kita semua semasa membincang dan menghuraikan masalah-masalah umat Islam sekarang ini. Maka apabila kita membincangkan masalah-masalah umat Islam dewasa ini maka janganlah kita merasa 'ujub' dengan diri kita sendiri, bahkan hendaklah kita menegur diri kita masing-masing dan jangan suka menuduh orang lain.

Walaupun hal kerosakan moral umat Islam dewasa ini diketengahkan biarlah pendedahan itu dalam bentuk yang sihat, dengan perasaan yang penuh belas kasihan dan rasa cemburu terhadap agama, bukan dengan perasaan bangga diri dan memandang rendah kepada orang lain.

Tidak salah membincangkan kerosakan yang berlaku, namun jangan sampai menganggap diri kita 'perfect' dan orang lain tidak setanding dengan kita.

Mudah-mudahan ALLAH swt. dengan limpah kurnia Nya memberikan kepada kita rahmat, taufiq dan hidayah. AMIN.

Riwayat: Muslim.



Tuesday, May 17, 2011

Andai Perempuan Mengetahui!



-Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang sensitif dan mengambil berat (prihatin)

-Jika seseorg lelaki meminati wanita, wanita itu tidak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran atau minat.

-Lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar seorang wanita.

-Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.

-Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati seorang wanita.


-Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita, sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton rancangan "Baywatch" atau mencuci mata ditepi pantai atau kolam renang.

-Kebanyakan lelaki resah apabila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama.

-Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin melihat hati wanita.

-Apabila lelaki cakap..."Emmmm....tengoklah dulu..." itu seringkali bermaksud dia sebenarnya tidak atau kurang setuju.

-Apabila lelaki cakap 'direct to the point' dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

-Kebanyakan lelaki yang nampak 'terdesak' dlm mencari pasangan hidup, dtg dari sekolah yang semuanya pelajar lelaki.

-Kebiasaannya lelaki akan cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain, terutama kalau perempuan itu teman wanitanya.

-Lelaki tidak boleh belajar kesemuanya tentang wanita dari perpustakaan atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dgn sikap wanita dan tidak memahami mengapa wanita bersikap begitu dan begini. Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan wanita supaya hubungan dapat berjalan dgn baik.

Wednesday, May 4, 2011

ADAB MENGUAP MENURUT ISLAM

Assalammualaikum

memulakan bicara dengan kalimah bismillah-->segala puji bagi Allah yang memerintah seluruh alam. Segmen pada kali ini adalah berkenaan dengan adab menguap mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Antara amalan yang digunakan oleh Rasullah s.a.w adalah seperti berikut:-

1. Menahan menguap sekadar termampu

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r. a., daripada Nabi Muhammad s. a. w., bahawasanya baginda bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah Ta'ala suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang daripada kamu bersin, maka kamu ucapkan lah 'Alhamdulillah', adalah menjadi hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallah’ (semoga Allah merahmatimu). Perbuatan menguap itu adalah sifat syaitan. Apabila kamu hendak menguap, maka hendaklah kamu menahannya sekadar termampu. Justeru, apabila kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya dan waktu yang paling disukai oleh syaitan untuk mengganggu manusia adalah apabila tibanya waktu untuk menunaikan solat!

2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap

Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said Al-Khudri r. a., Rasullah s. a. w. bersabda yang bermaksud: Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka). Kebanyakan ulama menyatakan bahawa hukumnya adalah sunnat dengan meletakkan tangan pada mulut ketika menguap, sama ada dalam solat mahupun di luarnya.

3. Makruh mengangkat suara ketika menguap

Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan At-Termizi daripada nabi Muhammad s. a. w. katanya yang bermaksud: Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi haaa haaa, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu. Ibnu As-Sunni telah meriwayatkan pula daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasullah s. aw. yang bermaksud: Sesungguhnya Allah s.w.t membenci mengangkat suara ketika menguap dan bersin.

p/s :Justeru, semoga segala inti pati yang diberikan dapat membantu para muslimin sejagat untuk mengamalkan dan menjadikan ianya sebahagian amalan seharian…Rasullah s.a.w bersabda sampaikanlah sunnahku walaupun satu ayat…sekian.selamat beramal.wassallam.


Saturday, April 30, 2011

Jalan-Jalan Cari Makan???

Assalammualaikum



memulakan mukadimah dengan bacaan Bismillahhirrahmannirrahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang........

Segmen pd kali ini pula ialah jalan2 cari mamam???hehe....al kisah bermula pagi tadi td selepas mendapat koling2 dari untie dari Johor nak mai USM Penang sbb anak gurl untie final yr nk practical kt USM bahagian biomedical science dari UIAM selama 2 bulan. dua orang yang pract kt sni.sebelum dorg dtg ke sini, nk jadi kesahnya....cane cheq boleh kenai plk ngn untie nie? membe cheq time degree ari tu koling cheq nk bgtau jiran dia nk mntx tlg.tp dia xbgtau pasai pa? pastu untie nie pon tepon la cheq nk habaq pasai anak dia nk pract kt USM n mntx tlg urus pasai kunci bilik. untie nie ckp ari sabtu baru dorg dtg sni so opis da close. jd cheq la p urus sume psai nk apply bilik.depa nie xpenah mai penang.so cheq la jd penghubung utama dalam mengurus hai bilik2 nie..pendek kata...depa smpai pg td kol 11 pagi.cheq pon serah la kunci kt untie n anak membe untie. depa mai dua family. so tetiba ja untie tu bagi :-


*dapat la rezeki di pagi hari from JOHOR.hehe.

untie tu ckp 10Q sbb tlg urus bilik tue.klo dorg mai penang ari senin mmg kelam kabut la.xsempat nk jalan2 sni.ayah dia pesan klo de pe2 hal bgtau la kt azlan(tsipu plk cheq time tue)hehe...pas abs serah kunci, settle la keja. so going back to bilik sambung blk tgk cite fast puriues po..hehe..asek melayan cite tue perot mula la terasa lapa la pulak..

smlm, rumate ckp kita g mkn durian. tp cr tempat len la..n than ok la set ari nie kita g mkn..tp sblm p cr durian, g la mkn nasi dlu..mesej la mamat sorg nie ajak g mkn sekali.sapa dia ???terjah SINI..

setela ktorg sampai kt kedai nie ktorg tempah mkanan kebiasaan di makan kawasan tue...namanya PECEL AYAM...mmg best la.kdai amat2 la familiar dgn HBP USM.klo xp mmg xsah...nk tengok cane menunya???saksikan lah
>
<
>
<
<
>
<
><



*lebih kurang makanan jawa.tp best!hehe



Nami baru jer nk suap nasi.Jam kol 2.15 pm.

da abs melantak nasi kat kedai, bermula pengembaraan ke tempat yang dituju iaitu BALIK PULAU...tujuan utama: makan laksa Janggus dan cari durian merah*paling sedap sekali(mahal la).....

jauh gak la perjalanan ke balik pulau lebih kurang 1 jam

nie la kedai nya LAKSA JANGGUS yg terkenal d penang masuk segmen jalan2 cri makan di TV3




ktorang baru sampai kt kedai sambil posing2 dlu.hehe..


tengok sapa yg makan laksa tu sampai licin...haha.



laksa yg sedap kawasan penang....mai la rasa!!!!


tetiba ja! hang pa kenai dia ni sapa????cuba teka...dia pon mai mkn gak


saat yg dinanti-nanti da tiba......DURIAN BALIK PULAU!!!!!!!!!!


tuuuu diiiaaaaa........durian harga RM9.00 SEKILOGRAM!!!!wow.


sambil2 nk tunjuk harga kt hangpa.haha



tgk isi DURIAN...mengeliurkan.hehe


last destination, where????try tgk btoi2




tau xkat mana???????nk tau mai penang mai.nanti cheq bw hangpa p sana k...

finally, mmg best la trip ktorg ari nie.byk tmpat ktorg pergi.release tensen setelah menamatkan final exam.....
>
<
>
<
>
<

sekian wassalam..

Khas Untuk Ahli Group KBU>>>>>Erin Azizan...

Assalammualaikum

memulakan kalimah bismillah......namamu telah diseru oleh ku dalam entry kali nie. atas permintaan saudari tersebut;;;;>>>>>>>;hgpa kenai ka. mai terjah kat sni dlu.....da kenai kan. so itu lah dia salah satu titik permulaan dalam mengorak langkah ke hadapan untuk hangpa kenai dia nie..cheq nie xpandai nk cite pjg2 maklum la umok da meningkat tatkala mata pon da senja...sebenaqnya da ngantok tapi atas dasar keprihatinan, cheq akan merungkai segala "setiap soklan tak semestinya ada jawapan" kan ...hahaha....
soklan yg ada jawapan seperti berikut
>
<
>
<
>
<
>
<
>
<
>
<
>
<
>
<
>
<
>
<
>
<
>
<
>
><


1st. .hai NAMI...boleh berkenalan??

hai Erin Azizan al mashoor.hehe....boleh jer. salam ukhwah daripada cheq. moga perkenalan ini akan membuka satu lembaran yang baru yang lebih dinamik dan prograsif(macam nk promote la plk)....


2..err NAMI dok kat mana?

cheq dok mana??????haaaa...sebenaq nya cheq nie asai org perak utagha.dekat ja no..lebih kurang 45 minit ja (klo rempit out trotal)hehe...BUKIT MERAH..itu lah kawasan cheq dok...kawasan ni besa ja.cuma interactive nya ada BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT.penah g sana ka CIK ERIN????????

3:NAMI suka Cool Blog Perisa apa eh? lupa nak usha la semalam.

xctly Nami tgk gak perisa pa yg ada. indeed, suka perisa chokolate.nape plih yg tu????sbb sedap kot.klo perisa yg pelik2 sgt t klo mkn xsdap la plk.but depend on situation la...xsume kita nk rasa sedap aja dilidah tp terasa pahit apabila ditelan.hehe



4: NAMI suka makan apa?



nami nie xpenah memilih makanan n minuman.opppssss......lupa nk bgtau. 4 ur information, nami xminum aiyak ais.y???ntah le.rasenya xselesa nk minum n lagi pon dari kecik mak xkasi minum ais. mak ckp xelok utk kesihatan..so dat y jadi anti-ais...but kdg2 minum gak klo terdesakkn/mmg xde pilihan dah....


5:NAMI pasai pa pangey NAMI?


pasai pa depa panggil nami.xctly nama nie asainya daripada USM lagi.email khas untuk student usm akan diberi shortform daripada NOR AZLAN MAT ISA kepada NAMI....orang xtau pon.tapi bila Mr straw bgtau time hangpa men bowling, tu yg lekat nama nami.satu lg senang kan nk panggil nami kan kan!!hehe....tp klo kt usm nie pgil nami org xkenai(group KBU jer yg tau). klo pgil abg lann dorg kenal la sbb dari mula2 masuk usm nama tu da familiar da.hehe


6:NAMI sesat ngan Syuk semalam masa nak pi CKT Permatang Pauh.


sebenarnya ktorg xsesat pon(xnk ngaku)hehe....Mr straw la ingat2 lupa cuz baru 2nd time dia pergi sana.cheq pon 1st time baru sampai.salu makan kt sg dua ja CKT tue.tp xpa la.at least tau gak jln2 kt penang nie.hehe...minat gak makan CKT nie.area penang jer yg ok klo nk mkn CKT.klo tmpt cheq mmg kompom xsedap.haha...


7::eh eh NAMI..awat comey sangat?

ke'cute'tan ke???hehe...sume itu anugerah Allah yang tak ternilai.alhamdulillah syukur atas award yg dberikn...mmg da ramai jumpe orang dorg kata mmg cute la azlan nie(perasan tahap dewa)haha.....


8..Jumaat ni paper last NAMI

aah da ending pon. mmg paper killer!!!!ok.dalam byk2 xm yg dlalui, yg nie la yg plg mencabar minda n intelektual...wwooooohohoohoo...tawakal ja.da usaha sedaya upaya untuk peroleh yg terbek!

9.err awat NAMI sambung master?


y???nk cite pjg le.hehe...sum jer la k.futher study sbb nk dpt ilmu.bkn mudah nk dpt ilmu.klo barang kita bole mintak, boleh cari tapi ilmu tak boleh....ilmu kene tuntut.xda di pasar2/hypermarket nk dijual beli dengan begitu mudah......memerlukan pengorbanan dan kesabaran yg tinggi walaupon pelbagai dugaan yg ditempuh....hidup ini perlukan ilmu...even kita kaya byak duet tp ilmu xda xguna jugak...tanpa ilmu umpama dunia gelap gulita. ilmu itu pelita hidup. menuntut ilmu di umpamakan seperti berperang fisabillillah..bertepatan dengan seruan nabi Muhammad s.a.w bersabda tuntutlah ilmu sehingga ke liang lahat...bermaksud ilmu di dunia terlalu luas jika dibandingkan dengan komponen2 yg berada dalam dunia ini...yang utama sekali adalah galakan daripada ibu bapa.mereka ingin melihat anak-anak mereka berjaya seperti orang lain yang menempah nama di persada negara mahupun antarabangsa. inilah satu hadiah kita kepada mereka di atas kerelaan mereka mengajar dan mendidik kita dengan penuh kesabaran dan menempuh pelbagai dugaan tanpa sebarang rungutan.apa sahaja kita minta perbelanjaan untuk akademik mereka akan tunaikan tanpa sebarang rungutan. mereka membanting tulang empat kerat untuk menyara anak-anak untuk memperoleh manfaat pd masa akn datang.balasannya???????kita belajar rajin2 sampai menjadi salah seorang yang berjaya dan terpelajar dalam kalangan orang2 yg bijaksana.

akhir kalam dpd cheq....da ngantok sgt nie...rsnya da terjawab soklan2 yg erin tye tempoh ari..setiap soklan yg dberi ada jawapannya.cuma kena usaha untuk mencari k.hehe.....semoga kita bertemu di episod akan datang(macam drama la plk).gud nite sume..byee222 assalammualaikum..