dan bila cinta itu tidak berbalas
Tapi apa yang lebih menyakitkan apabila..
mencintai seseorang tetapi tidak mampu mencari
Kekuatan untuk menyatakan rasa cinta..
kepada orang yang dicintai.
Mungkin Allah berkehendakkan kita..
berjumpa dengan beberapa orang yang bukan jodohnya
Supaya apabila kita dipertemukan jodoh yang sebenar..
kita akan menghargai betapa bernilainya
PemberianNya itu.
Apabila tertutupnya pintu kegembiraan..
ada pintu lain yang masih terbuka
Tetapi mengapa kita harus terus menanti..
kepada pintu yang telah tertutup itu?
Sehinggakan kita tidak sedar pintu lain yang terbuka untuk kita.
nuffnang_bid = "0ac74c9bc634d9bc09132194f8e99c96";
document.write('
Memang benar..
kita tidak menyedari apa..
yang kita ada sehingga kita kehilangannya.
Dan memang benar kita tidak tahu apa yang kita hilang..
sehingga ia muncul dan kita menemuinya.
Memberi cinta pada seseorang..
tidak menjaminkan yang kita akan dicintai kembali..
Jangan mengharap cinta akan dibalas..
Tunggu sahaja supaya ia dapat berkembang di dalam hatinya..
tetapi jika sebaliknya
Biarlah ia terisi dan berkembang di dalam hati kita..
Kita mungkin suka untuk mendengar pada apa yang kita tidak pernah dengar..
dari seseorang yang hendak kita dengar
Tetapi janganlah kita memekak telinga untuk tidak mendengar
pada orang yang menyatakannya dari hatinya.
Jangan ucapkan selamat tinggal jika kita masih mahu mencuba
Jangan berputus asa jika kita rasa masih mampu meneruskannnya
Jangan menyatakan kita tidak mencintai seseorang..
Jika kita tidak mampu melepaskannya.
Cinta hadir
Kepada mereka yang masih mengharap walaupun telah dikecewa
Kepada mereka yang masih mempercayai walaupun telah dikhianati
Kepada mereka yang masih ingin disayangi walaupun telah dilukai
Dan kepada mereka yang mempunyai kekuatan dan keyakinan
untuk membina kepercayaan itu kembali
Ia cuma mengambil masa sedetik untuk terpikat kepada seseorang,
Cuma seminit untuk menyukai sesorang..
sehari untuk menyayangi dan mencintai seseorang
Tetapi seumur hidup untuk melupai seseorang.
Mimpilah apa yang ingin kita mimpi
Pergilah ke mana yang kita hendak pergi
Jadilah apa yang ingin kita kejarkan demi cita-cita
Kerana hidup hanya diberikan Allah sekali dan
peluang juga hanya hadir sekali untuk kita melakukan apa yang diingini
Kegembiraan bagi seseorang tidak semestinya terbaik untuk segalanya
Sebaliknya ia hanyalah segalanya yang hadir mengiringi liku kehidupan
Jangan kita mencarinya..ia boleh menipu
Jangan kita mencari kekayaan dan harta..ia akan pudar
Carilah seseorang yang boleh membuatkan kita tersenyum
Kerana ia cuma perlukan sebuah senyuman
untuk menghilangkan awan-awan kesepian yang menutupi cahaya yang gelap
agar dapat sinar mentari mencerahkankan langit yang selama ini mendung dan
mengembalikan keceriaan yang selama ini lesu
Semoga kita dapat menemui seseorang yang mampu membuat kita tersenyum
Dan mampu untuk senyum buat selamanya..
nuffnang_bid = "0ac74c9bc634d9bc09132194f8e99c96";
document.write('
5 komen:
Terima kasih kerana mencintai saya..
**tetiba
hahaha
fuhhh ayat.... (terpaku)
kdg2 kita perlu terima kesakitan yang semua org xboleh terima..
tu lar yg lmbngkan kita nih kuat.. :)
fuhhh terpana
dilema hati sering tak berpenghujung..
Post a Comment