Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r. a., daripada Nabi Muhammad s. a. w., bahawasanya baginda bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah Ta'ala suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang daripada kamu bersin, maka kamu ucapkan lah 'Alhamdulillah', adalah menjadi hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallah’ (semoga Allah merahmatimu). Perbuatan menguap itu adalah sifat syaitan. Apabila kamu hendak menguap, maka hendaklah kamu menahannya sekadar termampu. Justeru, apabila kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya dan waktu yang paling disukai oleh syaitan untuk mengganggu manusia adalah apabila tibanya waktu untuk menunaikan solat!
2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap
Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said Al-Khudri r. a., Rasullah s. a. w. bersabda yang bermaksud: Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka). Kebanyakan ulama menyatakan bahawa hukumnya adalah sunnat dengan meletakkan tangan pada mulut ketika menguap, sama ada dalam solat mahupun di luarnya.
3. Makruh mengangkat suara ketika menguap
Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan At-Termizi daripada nabi Muhammad s. a. w. katanya yang bermaksud: Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi haaa haaa, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu. Ibnu As-Sunni telah meriwayatkan pula daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasullah s. aw. yang bermaksud: Sesungguhnya Allah s.w.t membenci mengangkat suara ketika menguap dan bersin.
3 komen:
ok. noted.. :)
<--suka tahan menguap .. :P
nice sharing NAMI NAMI .. huaha
jiran saya , cina, bila menguap, sampai rumah saya boleh dengar.. (contoh yang tak baik)
btw, nice info.
Post a Comment