Register with EXMarkets

Register with EXMarkets
THE EXCELLENT BROKER FOREX

Sunday, May 1, 2011

Penilaian Sebuah Kehidupan

Assalammualaikum

Alhamdulillah semoga anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya dalam menelusuri(melalui) mehnah dan ujian di dunia ini. Kita hendaklah sentiasa mengingati Allah yang sememangnya mendatangkan ujian kepada hambanya bagi menilai sejauh mana hambanya unutk memikul dan menyelesaikannya hingga sampai ke satu tahap bahawa kita merasakan 'MANIS'nya ujian itu.


Pada kali ini saya cuba menyampaikan nasihat yang berguna kepada anda semua untuk kita sama-sama mengamalkannya sebagai panduan menjalani kehidupan yang kian mencabar. Kita merupakan seorang insan yang selalu dalam kelalaian dan kealpaan. Insan ini perlu dinasihati selalu agar sentiasa berada pada landasan yang benar dan tidak menyimpang mengikut hawa nafsu yang sentiasa nak merosakkan jiwa manusia.

Sesungguhnya, memperbaiki diri ini bukan satu kerja yang mudah apatah lagi terpaksa melalui jalan yang agak sukar sehingga sampai ke satu destinasi yang selamat yang dimimpi-mimpikan oleh semua jiwa yang suci. Jiwa anda adalah jiwa yang suci lagi murni jika teransang untuk mengubah diri dari segala kekotoran jiwa sebelum ini kepada jiwa yang putih laksana salju pada kedinginan musim sejuk. Adakah kita rasa 'SENSITIF' terhadap peribadi kita ?Bukti sensitifnya kita terhadap diri kita adalah kita sentiasa muhasabah diri kita. Orang yang selalu muhasabah ialah orang yang sensitif terhadap dirinya. Agak-agak bagaimana muhasabah itu berlaku ya?
Tiap-tiap hari MUHASABAH/MENGHITUNG DIRI mesti berlaku. Kita menghisab/menghitung segala apa yang kita lakukan pada hari tersebut. Hari ini banyak mana kebaikan yang kita lakukan . Banyak mana kejahatan yang kita lakukan. Satu perkara penting yang perlu diberi perhatian! [Kita digalakkan agar JANGAN mengingati segala kebaikan yang kita telah buat seharian. Jangan selalu mengungkit perkara kebaikan yang kita buat . Jangan! Kerana ingatan sedemikian itu akan melahirkan satu rasa yang negatif. Iaitu kita rasa yang kita sentiasa dalam kebaikan dan mungkin datang perasaan bangga(riak) bahawa kita ni baik dan berperibadi mulia. Ini lah bahaya nya. Lepas itu kita akan berkurangan melakukan kebaikan dan malas membuat kebajikan lagi. Berasa cukup dengan apa yang telah dilakukan sebelum ini.
Kita digalakkan untuk berfikir dan mencari ruang kebaikan yang akan kita buat pada hari esok dan berikutnya. Maksudnya esok masih ada kebaikan yang kita lakukan.

Kesimpulannya, kita harus berfikir akan kebaikan yang akan kita lakukan dan JANGAN sekali-kali kita mengungkit akan kebaikan yang telah kita lakukan! Sebagai seorang muslim yang sebenar, kita harus merenung dan memikir kembali akan kejahatan yg telah kita lakukan. Moga-moga akan timbul kesedaran kepada kita bahawa wujudnya kelemahan dalam diri kita. Akal di Anugerah untuk berfikir dan seharusnya setiap perbuatan yang telah kita lakukan perlu disusuli dengan rasa penyesalan dan ttidak mahu kembali lagi ke dalam lembah kekotoran dan kejahatan. Yang lepas tu biarlah berlalu. Tapi janganlah kita tanam cita-cita untuk mengulangi kejahatan yang lalu.

Semoga panduan ini dapat dijadikan sebagai platform untuk kita terus melakukan kebaikan sementara ajal belum menjemput kita>>>> Selamat beramal dan Sekian.Wassalam.

3 komen:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

alhamdulillah...

terima kasih atas entry ini..

banyak peringatan untuk diri sendiri dan kita semua....

cik Anggur said...

time kasih ats ingatan kecik nie......moga kita tak riak dgn setiap kebaikan & keburukan yg kita buat

NAMI said...

selamat beramal yea..

Post a Comment