Register with EXMarkets

Register with EXMarkets
THE EXCELLENT BROKER FOREX

Monday, May 2, 2011

4 jenis Lelaki ditarik wanita di akhirat kelak

Assalammualaikum

Memulakan penulisan dengan Bismillah........tazkirah pada kali dengan memberi sedikit peringatan kepada muslimin sekalian tentang kebangkitan hari kiamat kelak dengan perhitungan segala perbuatan yang telah kita lakukan....salah satu perhitungan yang dihitung di mahkamah Allah adalah tarikan oleh kaum wanita terhadap lelaki. Antaranya seperti berikut:-

Pertama:- Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

*Pembentukan keluarga daripada agama*

Kedua:- Suaminya

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri......walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.


Ketiga:- Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ....tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Kaum2 adam yang akan ditarik!

Keempat:- Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.......nantikan tarikan ibunya. Maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar t.

Firman ALLAH S.W.T.:-

"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA, DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATU-BATU....."

Wahai kaum hawa sekalian, kasihanilah ayah kamu, suami kamu, abang-abang kamu serta anak-anak lelaki kamu....kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri......jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh serta niat yang ikhlas..

Akhir kalam, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik....oleh mana-mana pihak ?????

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga sisi ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA. Janganlah kita memandang enteng atau tidak mengendahkan janji ALLAH S.W.T.

SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DARI AHLI SYURGA YANG MEMASUKI-NYA TANPA HISAB.

AMIN..... YA RABBALALAMIN.

Sekian Wassalam




3 komen:

anumuchan said...

Salam.visit here^^ nice blog.keep blogging :)
Feel free to read my new entry @ frommetoyou~
(^____^)

ILA HonEyBuNNy said...

salam ziarah...

datang baca entry neh....;-)

~ shana ~ said...

salam ziarah abg lan.. :)
thanx utk info berguna dlm blog ni.. :)

Post a Comment