kat mana nak start aku pon xtau. tapi bagi aku kehidupan ini sungguh bermakna walaupun kita ditimpa kesusahan dan kesempitan. sesungguhnya kehidupan ini seharusnya diimbangi dengan rohani dan spiritual supaya tidak becelaru dan mampu mengatasi masalah tatkala dilanda pelbagai musibah yang dahsyat. hal ini bermakna kita perlu bersedia pada bila-bila masa sahaja daripada sekarang supaya tidak menjadi salah seorang yang menderita akibat ditimpa kecelakaan.
manusia mempunyai sifat lupa dan sukar menerima teguran daripada orang lain even dia membuat kesalahan tersebut. manusia cukup sukar mengakui kesilapan yang dilakukan dan sering menyalahkan orang lain biarpon kesalahan itu terang-terang dia yang lakukan. memang benar bukan semua manusia sempurna tetapi kesempurnaan tersebut datang daripada diri kita sendiri. manusia itu tidak akan berubah melainkan manusia tersebut yang berusaha untuk mengubah diri dia sendiri.
kejayaan tidak datang bergolek tanpa usaha yang berganda daripada niat yang betul. NIAT salah satu perkataan yang penting sebelum kita memulakan sesuatu perkara/pekerjaan. Niat yang baik selalunya akan mendatangkan kebaikan pada diri sendiri dan masyarakat sekeliling terutamanya kawan -kawan. Niat memainkan peranan utama dalam menentukan hala tuju sesuatu perbuatan. kesemua perbuatan dan tingkah laku yang ditunjukkan akan menggambarkan karektor seseorang. mereka akan memaparkan budi pekerti yang baik di samping kekuatan minda dan akal fikiran yang matang dalam memimpin masyarakat.
kesimpulan pada hari ini, kekuatan akal akan menjana minda yang cergas dan jiwa yang kental supaya mereka mampu menangani masalah yang mendatang dengan tabah dan sabar menghadapi dugaan. janganlah terlalu asyik mengikut nafsu amarah yang pada akhir akan memakan diri sendiri.sekian.
Tweet

0 komen:
Post a Comment