Register with EXMarkets

Register with EXMarkets
THE EXCELLENT BROKER FOREX

Friday, January 20, 2012

ANTARA PERSAHABATAN


Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,
Kecuali diri sendiri…..
Tetapi…Dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana….
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapakan keiklasan dan kejujuran
Seorang sahabat,begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.


Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.


Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…..?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa…..tetapi kita sering terlupa.


Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga
Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
Pernah kah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.


Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah….?


Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita…..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat…
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat…..

Sebagai kekuatan
Jadilah kita sahabatnya itu….
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan..
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…..
Kita tidak tahu….
Tetapi….jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita
akan tahu..


RENUNGILAH...


HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA

Monday, May 23, 2011

Kasih Sayang



Dunia merupakan ciptaan yang teragung yang tiada tolok bandingnya dan sungguh cantik pada pandangan mata. Ia dihiasi dengan pelbagai kenikmatan, keindahan dan kebahagiaan; rumah kediaman, taman bunga, makanan yang lazat, anak-anak yang menghiburkan dan lain-lain. Antara seorang dengan seorang yang lain tidak sama kadar dunia yang dimiliki olehnya. Ada yang memiliki rumah besar, pangkat tinggi, memperolehi sanjungan manusia, selalu bertukar ganti pakaian, makan- makanan yang enak. Tapi ada juga yang hanya duduk di pondok buruk, dipandang hina oleh orang dan makan sekadar untuk mengalas perut.

Kasih sayang Allah hanya akan dimiliki oleh hamba-hamba yang berserah pada takdir Allah. Sama ada dia ditakdirkan untuk jadi orang yang senang atau sebaliknya ditakdirkan menjadi seorang yang miskin, dia tetap rela dan tidak merungut apa-apa pun. Dia tahu bahawa sesungguhnya Allah tidak pernah untuk menzalimi hamba-hambaNya. Jika takdir yang ditentukan itu adalah baik, maka peluang untuk menjadi hamba yang bersyukur, yang dapat memanfaatkan kebaikan yang diperolehinya itu bukan untuk dirinya seorang, tapi dapat dirasai sama oleh orang lain.

Jikalau ditakdirkan kaya, dengan kekayaan itu maka dia akan dapat membantu orang susah, anak-anak yatim, janda, fakir miskin serta melakukan lain-lain kebajikan. Sehingga dia menjadi lebih hampir dengan Allah dan mendapat rahmat serta kasih sayangNya.

Sebaliknya orang yang ditakdirkan menerima nasib yang kurang baik, tetapi dia sanggup bersabar walaupun dalam seribu kepahitan, maka Allah akan membalas dengan rahmatNya. Allah akan hiburkan hambanya dengan mengurniakan kekayaan hati. Hati yang kaya adalah hati yang sentiasa berbahagia dengan kebaikan. Hati sentiasa merasa ringan menghadapi kesusahan atau kemiskinan. Nasib malang yang menimpa dirinya sedikitpun tidak menyusahkan hatinya. Sebaliknya segala kejadian dan keadaan yang ada itu makin membuat dia terus bergantung hati bertawakkal dan menyerah diri pada Allah.

Allah itu Maha Bijaksana. Maha Suci Allah yang tidak pernah tersilap dalam menentukan takdir dan perjalanan hidup hambaNya. Allah Maha Adil , Oleh itu apa sahaja nasib yang menimpa dirinya tentulah hasil daripada sifat adilNya.

Seseorang hamba yang tidak redha dengan takdir atau nasib yang menimpa dirinya, seolah-olah dia tidak yakin pada keadilan dan kebijaksanaan Allah. Seolah-olah menganggap Allah tidak tahu kehendak hatiya. Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui kerana ilmuNya meliputi segala sesuatu, maka ALLAH memutuskan takdir yang sebaik-baiknya untuk hamba-Nya. Walaupun pada pandangan hamba tersebut, takdir itu tidak baik, tetapi sekiranya berserah diri pada Allah, nescaya akan mendapat keuntungan daripada takdir itu.

Sebaliknya kalau seseorang yang direzekikan dengan takdir yang baik dalam hidupnya, selalunya membuatkan dia terlalu gembira, bangga dan hingga dia lalai, hingga lupa kepada Yang memberi. Maka takdir yang dianggap baik itu sebenarnya sudah tidak menguntungkan dirinya. Dia sudah berada berada jauh daripada Allah atas sebab kelalaiannya.

Janganlah merasa iri hati atau dengki melihat nasib atau takdir yang baik yang ditentukan Allah terhadap orang lain sehingga kita berusaha untuk mendapatkannya. Sesungguhnya apa yang diberikan oleh Allah kepada seorang hambaNya itu pasti tidak sama dan tidak dimiliki oleh hambaNya yang lain, yang tidak tersenarai sebagai penerima takdir itu meskipun dia berusaha bermati-matian untuk mencapai dan mendapatkannya.

Apa yang patut dilakukan oleh setiap hamba ialah redha menerima segala ketentuan atau takdir Allah sama ada yang dianggap baik atau tidak. Kerana pada hakikatnya setiap yang ditakdirkan dan ditentukan oleh Allah itu adalah baik. Cuma yang membezakan baik atau tidak itu ialah hawa nafsu manusia. Perkara-perkara yang sesuai dengan kehendak nafsu dan hatinya adalah dianggap baik. Sebaliknya yang menyusahkan dan nafsunya merasa tidak seronok, dikatakan tidak baik.

Janganlah kita mengukur ikut hawa nafsu kerana ianya hanya mengajak kita menjadi engkar dan memusuhi Allah. Ikutilah penilaian dan ukuran Allah melalui hidayah yang dikurniakan.

Kalau kita dapat menghadapi setiap takdir dengan banyak berserah, berharap dan takut pada kemurkaanNya tentulah setiap takdir itu akan menguntungkan kita. Untungnya kerana ianya boleh menghampirkan diri di sisi Allah s.w.t. Wallahu'alam.

Sunday, May 22, 2011

Cermin Diri Sendiri!


Daripada Abu Hurairah r. a, bahawasanya Rasullullah SAW telah bersabda, maksudnya:

  • "Jika ada seseorang berkata: "Orang ramai sekarang ini sudah rosak", maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka." H. R. Muslim

Penerangan Hadis: Iman Nawawi ketika menulis hadis ini dalam kitab Riyadhus Shalihin, beliau memberi penjelasan seperti berikut:

  • "Larangan semacam di atas itu (larangan berkata orang ramai sudah rosak) adalah untuk orang yang mengucapkan sedemikian dengan tujuan rasa bangga pada diri sendiri ('ujub) sebab dirinya tidak rosak, dan dengan tujuan merendahkan orang lain dan merasa dirinya lebih mulia daripada mereka. Maka yang demikian ini HARAM".

  • "Adapun orang yang berkata seperti itu kerana ia melihat kurangnya perhatian orang ramai terhadap agama mereka serta didorong oleh perasaan sedih melihat yang di alami oleh mereka dan timbul daripada perasaan cemburu terhadap agama, maka perkataan ini tiada salahnya".

Hadis ini boleh menjadi peringatan kepada kita semua semasa membincang dan menghuraikan masalah-masalah umat Islam sekarang ini. Maka apabila kita membincangkan masalah-masalah umat Islam dewasa ini maka janganlah kita merasa 'ujub' dengan diri kita sendiri, bahkan hendaklah kita menegur diri kita masing-masing dan jangan suka menuduh orang lain.

Walaupun hal kerosakan moral umat Islam dewasa ini diketengahkan biarlah pendedahan itu dalam bentuk yang sihat, dengan perasaan yang penuh belas kasihan dan rasa cemburu terhadap agama, bukan dengan perasaan bangga diri dan memandang rendah kepada orang lain.

Tidak salah membincangkan kerosakan yang berlaku, namun jangan sampai menganggap diri kita 'perfect' dan orang lain tidak setanding dengan kita.

Mudah-mudahan ALLAH swt. dengan limpah kurnia Nya memberikan kepada kita rahmat, taufiq dan hidayah. AMIN.

Riwayat: Muslim.



Tuesday, May 17, 2011

Andai Perempuan Mengetahui!



-Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang sensitif dan mengambil berat (prihatin)

-Jika seseorg lelaki meminati wanita, wanita itu tidak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran atau minat.

-Lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar seorang wanita.

-Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.

-Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati seorang wanita.


-Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita, sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton rancangan "Baywatch" atau mencuci mata ditepi pantai atau kolam renang.

-Kebanyakan lelaki resah apabila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama.

-Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin melihat hati wanita.

-Apabila lelaki cakap..."Emmmm....tengoklah dulu..." itu seringkali bermaksud dia sebenarnya tidak atau kurang setuju.

-Apabila lelaki cakap 'direct to the point' dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

-Kebanyakan lelaki yang nampak 'terdesak' dlm mencari pasangan hidup, dtg dari sekolah yang semuanya pelajar lelaki.

-Kebiasaannya lelaki akan cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain, terutama kalau perempuan itu teman wanitanya.

-Lelaki tidak boleh belajar kesemuanya tentang wanita dari perpustakaan atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dgn sikap wanita dan tidak memahami mengapa wanita bersikap begitu dan begini. Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan wanita supaya hubungan dapat berjalan dgn baik.